Halaman
Rabu, 24 Ogos 2011
Terung sambal dgn Kentang
Assalamu'alaikum...smlm tak sempat nak update..haaaa hari menu berbuka single saya, saya masak terung sambal dgn kentang...lepas balik keje geledah peti ais ape yg ade masak jee..kalau tak membazir... ^_^..masak je lahh cik Jah oii...hehee...goreng ikan goreng tauhu n buat smbal kicap abis cerita...hehehe...masak lebih kurang je..lepas solat terus buat cornflake madu dpt la dua balang besar..esok sambung second round...cik Izah mmg hebat...hehehe....
Resipi terung smabal ni saya just guna 3 biji terung dibelah dua..mula2 kene goreng kejap kasi lembut sikit..lepas goreng kentang..saya potong bentuk wedges...seterusnya tumbukan bwg putih dan bwg merah campur dgn udang kering...sooo kite boleh la tumis rencah tu..tumis dgn cili kisar sikit tau..dh kate nak buat sambal kan..of coz la kene ade cili kann cik Jah...hehe..jgn lupa masuk kan sikit air asam jawa..ala mcm kite nak buat sambal tumis tuu...hehe...pastikan cukup gula, garam n sos tiram okeyy!!!....lastly masuk kan terung dan kentang tadi..gaul utk merata kan cili tu...Okeyyy!!!..dh boleh hidang kan... ^_^
Isnin, 22 Ogos 2011
Nasi Goreng Cina
Assalamu'alaikum
Alhamdulillah...hari ni sempt lagi nak meng update kan apa yg saya masak utk menu berbuka saya...ini emergency punya menu...hehehe...sebab nye dh lambt sampai umah so saya masak je nasi dan terfikir nak masak nasi goreng je la...dan ada beli murtabak ..cukup la tu utk saya berbuka sorang...
Ahad, 21 Ogos 2011
Chocolate Chip Hersheys & Almond
Assalamu'alaikum....
Ini projek saya dgn kakak saya utk minggu ini..buat biskut...hhahahaa..ini baru satu jenis...utk diagihkan kepada enam keluarga..ada lagi 3 jenis biskut yg akan menyusul...hehehe..dgn dapur yg tunggang langgang...huhuhu...letih jugak nak mennggu sampai habis tapi mmg menyeronok kan..ye lah sbb dh beberapa thn tak buat kuih raya.. ^_^
Ini projek saya dgn kakak saya utk minggu ini..buat biskut...hhahahaa..ini baru satu jenis...utk diagihkan kepada enam keluarga..ada lagi 3 jenis biskut yg akan menyusul...hehehe..dgn dapur yg tunggang langgang...huhuhu...letih jugak nak mennggu sampai habis tapi mmg menyeronok kan..ye lah sbb dh beberapa thn tak buat kuih raya.. ^_^
Sabtu, 20 Ogos 2011
Tomyam Campur..Tauhu Goreng & Sambal Kicap
Assalamu'alaikum....
Menu semalam saya tak sempt updated..hahaha...saya sambung balik meng updated blog saya mlm ni....pk2 punye pk masak je lah lauk ni..sbb ambil cuti half day sempat la prepare kan mcm2 hehe...lagi pun anak2 buah saya dari asrama sekolah dia org bole balik umah bln puasa ni..so masak kan lah utk mereka... ^_^
Khamis, 18 Ogos 2011
Paprik Sayur Campur
Assalamu'alaikum....catatan resipi utk hasil masakan saya hari ni paprik sayur campur....jd vegetarian kejap...heheh....ape yg terasa kat tekak saya nak mkn so itu lah menu yg akan saya masak...bahannya senang saje...potong cili merah, bawang besar, cili padi sikit dan ketuk bawang putih dlm dua biji...sedikit cili kisar..lepas tu boleh la tumis kannya...then campurkan oyster sos n kicap...garam secukup rasa....tuang air sikit dan jgn lupaa yeee!! Cik Jah masukkan daun limau purut tau...sbb biar ada aroma daun limau tuu...mmmmmmmmmm... ^_^...okeyyyy dahh readyyy!!!....
Rabu, 17 Ogos 2011
Ayam Kicap Cik Izah & Sayur Kacang Goreng campur Tauhu
Assalammu'alaikum...
Alhamdulillah..hari ini balik keje mcm biasa...sampai umah pun mcm biasa..time mmg cantik...hehee...singgah kedai beli ayam dan bahan2 nak masak....so menu saya hari ni ialah "Ayam Kicap Cik Izah ( hehee tetibe bagi nama resipi sendiri) & Sayur Kacang Goreng campur Tauhu"...tetibe tadi kt ofis teringin nak masak lauk ni...hehee....lalalaaa..dgn senang hati sgt saya pun terus menyedikan nya......resipi ayam kicap saya ni saya follow resipi mak saya...mmg my favourite lauk ayam kicap ni ...kalau time raya kan tak pernah miss masak lauk ni...kalau tak ada mcm tak lengkap...begitu juga dgn sambal goreng...maklum lah orang jawa menu nya mcm2....
Ini lah antara bahan2 yang perlu disediakan utk membuat ayam kicap...rempah ratus tu mmg penting untuk melengkapkan rasanya...saya buat sikit je..jadi lah untuk makan sorang...ayam tu mula2 sekali mmg kene goreng dulu dan saya gaulkan nye dgn bwg putih yang ditumbuk...kemudian digaulkan dengan ayam itu bersama serbuk kunyit dan sedikit garam...bila dh goreng kan ayam tu ..saya tumiskan rencah utk kuah kicap...tumis sampai naik bau tau...then baru tuang kicap dan campur air sedikit...jgn letak garam lagi..termasin nnti Cik Jah oiiii!!!>... ^_^..Last sekali masuk kan kentang ..tapi kentang tu kene goreng dulu tau..kasi empuk...then baru masukkan bersama ayam tadi...jeng jeng..jeng...yeaayy!! dah siap ayam kicap cik izah....hahahaaa..terpoyo kejap...hahhaaa ^_^
Nuzul Quran
Perayaan 17 ramadhan adalah sebenarnya untuk mengingati Peperangan Badar yang berlaku pada tarikh tersebut. Nuzul Quran iaitu hari turunnya Al-Quran sememangnya jatuh pada bulan Ramadhan tetapi kebanyakan ulama’ berpendapat bahawa tarikhnya adalah pada 27 ramadhan
Peperangan badar berlaku di sebuagh tempat yang bernama Badar pada tahun ke 2 Hijrah. Ianya jatuh pada hari Jumaat 17 Ramadan pada tahun tersebut. Islam sememangnya menerima tentangan dari orang kafir Quraisy sejak dari mulanya lagi, dari masa Islam mula diperkenalkan secara tertutup dan kemudiannya secara terang. Ini akhirnya telah membawa kepada penghijrahan Rasullulah s.a.w dan orang Islam ke Madinah di mana penduduk di sana telah menerima mereka dan juga agama Islam. Walaubagaimanapun keadaan orang Islam yang tinggal di Mekah menjadi semakin teruk dan ini mula merebak ke Madinah.
Perang Badar adalah peperangan yang pertama dalam Islam dan merupakan cara yang digunakan untuk membela keselamatan sosial dan politik mereka. Islam sememangnya tidaklah menggalakkan peperangan melainkan terpaksa. Ianya juga merupakan tindakan untuk mempertahankan kebebasan agama dan menyekat ajaran sesat yang berleluala pada masa itu.
Pada tahun ke 2 Hijrah Rasulullah s.a.w serta sahabat bersetuju mempertahankan Islam di luar kota Madinah. Tentera Islam seramai 313 orang telah keluar untuk menyekat rombongan pedagang Mekah yang sedang pulang dari Syam. Abu sufian yang mengetuai rombongan perdagangan Quraisy itu telah mengikut jalan lain untuk kembali ke Mekah dan sebuah bala tentera melebihi 1000 dan serba lengkap dengan peralatan perang telah datang untuk menentang tentera Islam. Kedua- dua pasukan telah sampai ke temapt bernama Badar pada 16 Ramadhan.
Tentera Quraisy telah bertahan di tempat yang ada air sementara tentera Islam berkhemah di tempat yang lebih kering. Allah telah menunjukkan kekuasaannya dengan menurunkan hujan yang lebat. Ini menyebabkan tempat orang Islam mendapat air sementara , air di tempat musuh menjadi berlumpur dan tidak sesuai digunakan. Rasullullah s.a.w , bagaimanapun telah membenarkan orang Quraisy yang datang,mengambil air untuk kegunaan mereka
Peperangan di Badar hanya berlanjutan untuk satu hari sahaja bermula dengan pertarungan perseorangan diikuti oleh peperangan terbuka. Seramai 70 orang Quraisy yang terdiri dari pahlawan handal dan pemimpin telah terkorban sementara 70 lagi menjadi tahanan perang. Hanya 14 orang Islam sahaja yang telah mati syahid tetapi Allah telah mengurniakan pahala syahid kepada kesemua mereka ynag telah mengambil bahagian dalam peperangan tersebut.
Peperangan Badar merupakan satu kejayaan besar bagi umat Islam. Ianya telah menukar idoelogi Islam kepada sebuah negara Islam yang tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak. Peperangan Badar memberi pengajaran kepada kita bahawa melaksanakan sesuatu tugas dengan kepercayaan kepada Allah serta keyakinan pasti membawa kejayaan. Insya Allah.
Wallahualam
Selasa, 16 Ogos 2011
Mee Hoon Goreng & Telur Dadar
Assalamua'alaikum
Hari ni balik saje keje teringin nak masak mee hoon goreng...bahan-bahan mmg dh ada so saya buat lah ape yang patut..cuma beli taugeh, sayur sawi,tauchu dengan cili boh...sampai rumah sediakan lah rencah2 nya seperti tumbuk kan bawang merah dan bawang putih dicampurkan bersama udang kering...kemudian ditumis rencah tadi hingga naik bau.... ^__^ ...bila dah naik bau masukkan air sikit dan tauchu tadi kemudian biarkan semula dalam 5 minit..lepas tu masukan mee hoon tadi ratakan dan last sekali boleh la masukkan sayur taugeh dan sawi tadi dalam 2 minit saja...ok ok tu dah hampir2 ready masa dalam kuali... yeeayyy!!...after that dah boleh pindah kan dalam mangkuk okeyy!! ^_^...
So last sekali saya buat telur dadar pulak...dalam 2 biji..firstly cuci bersih2 dulu tau telur tu...WAJIB!!...then baru pukul dan campurkan dengan bawang besar yg telah dicincang( ikut suka ^_^)..lepas tuu baru la digoreng dengan minyak yang sedikit saja...dahh siappp...yeeayyy!!!...
16 Ramadhan & Menjelang Hari Raya : )
Assalamua'alaikum..salam Ramadhan
Alhamdulillah...dah 26 hari umat Islam berpuasa...lagi 2 minggu kita akan sambut raya pulak...preparation utk saya sendiri x ada apa la yang di preparekan sgt..org bujang..kalau yg dh berkeluarga sure busy nak buat persiapan utk anak2...orang ramai bershopping pun tak abis2 selagi tak raya...macam tu la orang kita..ceh wah...
Esok negeri2 terpilih akan bercuti sempena Nuzul Quran...Wilayah Persukutan n Putrajaya tak cuti la..so kene lah kami keje ye...huhu.....tapi tak apa hari Jumaat ni saya ambik cuti half day sebab nak teman kan kakak ada nak cari barang...rajin betul kakak aku ni.sanggup dtg dari JB....hik hik...story pasal raya ni ,,teringat saya punya baju raya lum gi ambik lagi kat taylor...hahahaa...wahhhh thn baju raya saya baju kebaya labuh warna turquoise (hijau kebiruan) ...satu dh beli beli jubah ala2 jubah arab...wahhh first time thn ni saya nak pakai jubah...hikhik...minggu depan pulak plan nak buat kuih raya join dengan kakak2 saya, maklum la sbb dah beli oven besar..so nak try buat kuih homemade punyer..saya pun dah lama tak buat kuih raya...selalu nya biskut yg saya suka buat ialah biskut badam (Almond Biscuit)...hehe..my favourite..tp nya takut tak sempat ray kang confirm dah habis...hahahaa..sebab dh kene kebas dulu..dgn sepupu2...
Ahad, 14 Ogos 2011
Rahsia Diet Rasulullah
Cara pemakanan Rasulullah S.A.W ini lebih dikenali sebagai ‘diet ala Rasulullah S.A.W’. InsyaAllah jika anda mengamalkan cara pemakanan seperti ini anda juga tidak akan menderita sakit perut, keracunan makanan mahupun pelbagai penyakit yang lain.
Berikut adalah beberapa cara pemakanan Baginda :
Al-Quran juga mengajarkan kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan mandi pagi sebelum Subuh (sekurang-kurangnya satu jam sebelum matahari terbit). Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Anda mungkin boleh saksikan sendiri orang yang mandi pagi kebanyakannya badan mereka tidak gemuk.
Berikut adalah beberapa cara pemakanan Baginda :
- Baginda tidak makan daging bersama susu ;
- Baginda tidak makan ikan bersama daging ;
- Baginda tidak makan ikan bersama susu ;
- Baginda tidak makan ayam bersama susu ;
- Baginda tidak makan ikan bersama telur ;
- Baginda tidak makan ikan bersama daun salad ;
- Baginda tidak makan cuka bersama susu ;
- Baginda tidak makan buah bersama susu (contoh : cocktail)
- Tidak makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu barulah diikuti dengan nasi;
- Tidur selama 1 jam selepas makan tengahari ;
- Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan bertambah ;
Al-Quran juga mengajarkan kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan mandi pagi sebelum Subuh (sekurang-kurangnya satu jam sebelum matahari terbit). Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Anda mungkin boleh saksikan sendiri orang yang mandi pagi kebanyakannya badan mereka tidak gemuk.
WANITA DAN KEHIDUPAN.
Assalamu'alaikum
**KEMULIAAAN HANYA AKAN DIBERIKAN KEPADA MEREKA YANG BERSABAR**
Jadikanlah pondok itu sebuah istana, hiasilah rumahmu yang dibuat dari tanah liat, bukan istanamu yang dibuat dari gading.
KALAU ANDA SENYUM WALAUPUN KETIKA BERSEDIH DAN BERDUKA, SEBENARNYA ANDA SEDANG BERUSAHA MERINGANKAN BEBAN DAN MENGETUK GERBANG KEBAHAGIAAN YANG ANDA CARI.
Sekali-kali jangan berfikir dua kali untuk tersenyum, kerana dengan tersenyum bermakna anda sedang menghidupkan semangat dan kekuatan yang ada dalam diri anda. Jangan bermurung dan bermasam muka kerana ia akan menekan kekuatan itu, sedang menekannya bererti anda membuat dirimu menderita. Senyuman yang anda beri tidak akan membayangkan anda! Tetapi sebaliknya, ia akan menarik segala kebaikan. Bercakaplah dengan orang di sekeliling anda dengan bahasa kalbu (senyuman). Bibir yang paling indah dan menarik ialah ketika ia melontarkan senyuman.
Ada ungkapan yang menyebut bahawa "senyuman itu merupakan satu kemestian dalam pergaulan." Bergaul bermakna berkomunikasi dengan baik, dan hidup bermasyarakat memerlukan kemahiran tertentu yang mesti ada dalam diri anda. Satu daripadanya ialah pandai dan mahu tersenyum.
Apabila anda tersenyum kepada orang lain, bermakna anda sedang memberi kebahagian kepadanya. Senyuman dapat menyuntik perasaan optimis dan damai di hati orang lain. Sebaliknya, jika anda tampil dengan wajah bengis dan murung bermakna anda telah menyeksa dan mengganggu hati mereka. Sudah pasti anda tidak memnjadi punca kesedihan kepada sesiapa pun.
**KEMULIAAAN HANYA AKAN DIBERIKAN KEPADA MEREKA YANG BERSABAR**
Juadah Berbuka Untuk Hari Ini
Assalamu'alaikum
Ptg tadi fikir punya fikir sampai pening nak masak apa utk berbuka sorang-sorang nanti..abis2 masak ikan caru sambal dengan sup sayur campur...masaknya simple2 punya bahan...lagi satu sebab nak habiskan balance2 sayur2 kat dalam fridge tu kalau tak nanti terbuang...dah membazirkan..and tetibe nak buat roti ala2 roti john style hik hik..buat dua keping jer..jadilah untuk saya makan sorang...pukul 7 suku dah siap masak...sambil2 tu diringi dgn hujan turun dengan lebat... Alhamdulillah ^_^
Ptg tadi fikir punya fikir sampai pening nak masak apa utk berbuka sorang-sorang nanti..abis2 masak ikan caru sambal dengan sup sayur campur...masaknya simple2 punya bahan...lagi satu sebab nak habiskan balance2 sayur2 kat dalam fridge tu kalau tak nanti terbuang...dah membazirkan..and tetibe nak buat roti ala2 roti john style hik hik..buat dua keping jer..jadilah untuk saya makan sorang...pukul 7 suku dah siap masak...sambil2 tu diringi dgn hujan turun dengan lebat... Alhamdulillah ^_^
Sabtu, 13 Ogos 2011
Catatan pertama ku :)
Assalamu'alaikum,
Selamat datang ke blog saya...pertama kali saya mencuba membina blog saya sendiri untuk berkongsi cerita..pengalaman atau cerita bersama sesiapa saja yang sudi :)
Langgan:
Catatan (Atom)