Jadikanlah pondok itu sebuah istana, hiasilah rumahmu yang dibuat dari tanah liat, bukan istanamu yang dibuat dari gading.
KALAU ANDA SENYUM WALAUPUN KETIKA BERSEDIH DAN BERDUKA, SEBENARNYA ANDA SEDANG BERUSAHA MERINGANKAN BEBAN DAN MENGETUK GERBANG KEBAHAGIAAN YANG ANDA CARI.
Sekali-kali jangan berfikir dua kali untuk tersenyum, kerana dengan tersenyum bermakna anda sedang menghidupkan semangat dan kekuatan yang ada dalam diri anda. Jangan bermurung dan bermasam muka kerana ia akan menekan kekuatan itu, sedang menekannya bererti anda membuat dirimu menderita. Senyuman yang anda beri tidak akan membayangkan anda! Tetapi sebaliknya, ia akan menarik segala kebaikan. Bercakaplah dengan orang di sekeliling anda dengan bahasa kalbu (senyuman). Bibir yang paling indah dan menarik ialah ketika ia melontarkan senyuman.
Ada ungkapan yang menyebut bahawa "senyuman itu merupakan satu kemestian dalam pergaulan." Bergaul bermakna berkomunikasi dengan baik, dan hidup bermasyarakat memerlukan kemahiran tertentu yang mesti ada dalam diri anda. Satu daripadanya ialah pandai dan mahu tersenyum.
Apabila anda tersenyum kepada orang lain, bermakna anda sedang memberi kebahagian kepadanya. Senyuman dapat menyuntik perasaan optimis dan damai di hati orang lain. Sebaliknya, jika anda tampil dengan wajah bengis dan murung bermakna anda telah menyeksa dan mengganggu hati mereka. Sudah pasti anda tidak memnjadi punca kesedihan kepada sesiapa pun.
**KEMULIAAAN HANYA AKAN DIBERIKAN KEPADA MEREKA YANG BERSABAR**
Tiada ulasan:
Catat Ulasan