Perayaan 17 ramadhan adalah sebenarnya untuk mengingati Peperangan Badar yang berlaku pada tarikh tersebut. Nuzul Quran iaitu hari turunnya Al-Quran sememangnya jatuh pada bulan Ramadhan tetapi kebanyakan ulama’ berpendapat bahawa tarikhnya adalah pada 27 ramadhan
Peperangan badar berlaku di sebuagh tempat yang bernama Badar pada tahun ke 2 Hijrah. Ianya jatuh pada hari Jumaat 17 Ramadan pada tahun tersebut. Islam sememangnya menerima tentangan dari orang kafir Quraisy sejak dari mulanya lagi, dari masa Islam mula diperkenalkan secara tertutup dan kemudiannya secara terang. Ini akhirnya telah membawa kepada penghijrahan Rasullulah s.a.w dan orang Islam ke Madinah di mana penduduk di sana telah menerima mereka dan juga agama Islam. Walaubagaimanapun keadaan orang Islam yang tinggal di Mekah menjadi semakin teruk dan ini mula merebak ke Madinah.
Perang Badar adalah peperangan yang pertama dalam Islam dan merupakan cara yang digunakan untuk membela keselamatan sosial dan politik mereka. Islam sememangnya tidaklah menggalakkan peperangan melainkan terpaksa. Ianya juga merupakan tindakan untuk mempertahankan kebebasan agama dan menyekat ajaran sesat yang berleluala pada masa itu.
Pada tahun ke 2 Hijrah Rasulullah s.a.w serta sahabat bersetuju mempertahankan Islam di luar kota Madinah. Tentera Islam seramai 313 orang telah keluar untuk menyekat rombongan pedagang Mekah yang sedang pulang dari Syam. Abu sufian yang mengetuai rombongan perdagangan Quraisy itu telah mengikut jalan lain untuk kembali ke Mekah dan sebuah bala tentera melebihi 1000 dan serba lengkap dengan peralatan perang telah datang untuk menentang tentera Islam. Kedua- dua pasukan telah sampai ke temapt bernama Badar pada 16 Ramadhan.
Tentera Quraisy telah bertahan di tempat yang ada air sementara tentera Islam berkhemah di tempat yang lebih kering. Allah telah menunjukkan kekuasaannya dengan menurunkan hujan yang lebat. Ini menyebabkan tempat orang Islam mendapat air sementara , air di tempat musuh menjadi berlumpur dan tidak sesuai digunakan. Rasullullah s.a.w , bagaimanapun telah membenarkan orang Quraisy yang datang,mengambil air untuk kegunaan mereka
Peperangan di Badar hanya berlanjutan untuk satu hari sahaja bermula dengan pertarungan perseorangan diikuti oleh peperangan terbuka. Seramai 70 orang Quraisy yang terdiri dari pahlawan handal dan pemimpin telah terkorban sementara 70 lagi menjadi tahanan perang. Hanya 14 orang Islam sahaja yang telah mati syahid tetapi Allah telah mengurniakan pahala syahid kepada kesemua mereka ynag telah mengambil bahagian dalam peperangan tersebut.
Peperangan Badar merupakan satu kejayaan besar bagi umat Islam. Ianya telah menukar idoelogi Islam kepada sebuah negara Islam yang tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak. Peperangan Badar memberi pengajaran kepada kita bahawa melaksanakan sesuatu tugas dengan kepercayaan kepada Allah serta keyakinan pasti membawa kejayaan. Insya Allah.
Wallahualam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan